KANTIN

JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH 2018



Pengerusi (Guru Besar)
Pn. Hjh Siti Sularmi binti Mohamed Zubir
Naib Pengerusi 1  (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
En Muhammad Hakim bin Shamsuddin
Naib Pengerusi 2 (Penolong Kanan Pentadbiran)
Pn. Rogayah binti Atan
Naib Pengerusi 3 (Penolong Kanan Kokurikulum)
Pn Faridah binti Abd. Aziz


( 11 ) KANTIN
Pengerusi
Guru Besar
Timb.  Pengerusi
GPK Hal Ehwal Murid
Setiausaha
Pn. Nita binti Sikun
Pen. Setiausaha
Pn. Norhana binti Sahar
JK

Pegawai Pemakanan Sihat
1 )
Pn. Hjh Rohaidah binti Hj.  Buang
Pegawai Keselamatan Makanan
2 )
Tn. Hj. Shahruddin bin Jamal
Pegawai Kualiti Kantin
3 )
En. Adisafuan bin Abu Bakar
Pegawai Kebersihan
4 )
En. Azhar bin Mohamed
Pegawai Keceriaan Kantin
5 )
Pn. Rasitah binti Zainul Abidin





JAWATANKUASA
FUNGSI/PERANAN

Jawatankuasa Kantin

1.     Pn. Nita binti Sikun
2.     Pn. Norhana binti Sahar
3.     Pn. Hjh Rohaidah binti Hj.  Buang
4.     Tn. Hj. Shahruddin bin Jamal
5.     En. Adisafuan bin Abu Bakar
6.     En. Azhar bin Mohamed
7.     Pn. Rasitah binti Zainul Abidin


1.    Memilih pasukan sukarelawan kantin dari kalangan murid-murid tahap 1 dan 2 bagi membantu pengawasan dan kebersihan kantin.
2.    Menentukan pihak pengusaha kantin mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan.
3.    Memastikan kebersihan dan mutu makanan serta kebersihan umum kantin dieri perhatian.
4.    Mengawasi murid makan mengikut tertib dan berperaturan.
5.    Memastikan murid beratur semasa membeli makanan.
6.    Menyediakan tugasan pengawasan di kantin.
7.    Menceriakan kantin.
8.    Menyediakan sudut informasi berkaitan isu pemakanan sihat bagi rujukan murid-murid.
9.    Melaksanakan arahan Guru Besar/ PK HEM dari semasa ke semasa



TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH

Setiap sekolah yang mempunyai kantin, dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Kantin yang di anggotai oleh wakil- wakil guru, staf sokongan dan murid. Saiz keahlian serta kekerapan mesyuarat ditentukan oleh jawatan kuasa ini.
Jawatankuasa kantin adalah terdiri daripada:

Pengerusi                       : Guru Besar
Naib Pengerusi             : Guru Penolong (HEM)
Setiausaha                     : Guru Kantin

Ahli Jawatankuasa      : PK Pentadbiran
                                           PK Kokurikulum
                                           Wakil Guru
                                           Wakil PIBG (ibubapa)
                                           Wakil Staf Sokongan
                                           Wakil Murid

Peranan Jawatankuasai ini :
Membantu Guru Besar dalam usaha membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berkaitan dengan pengurusan kantin.
Menerima dan menyampaikan maklum balas dan cadangan dari pada pihak murid, guru, staf sokongan, ibubapa kepada Pengetua atau Guru Besar tentang pengurusan kantin.
Menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan dengan kantin.
Memastikan pelaksanaan Program Kendiri Kantin Sekolah dilaksanakan dengan baik.

Tanggungjawab Guru Besar
Guru Besar bertanggungjawab untuk memastikan:
1.     Kantin sentiasa selamat, bersih dan ceria
2.    Semua kemudahan di kantin sentiasa bersih, selamat dan berfungsi
3.    Peraturan-peraturan yang disediakan dipatuhi
4.    Setiap kes yang disyaki keracunan makanan hendaklah diambil tindakan segera dengan menghantar murid yang terlibat untuk menerima rawatan dan melaporkan serta merta kepada pihak-pihak berwajib mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
5.    Kandungan buku Panduan Pengurusan Kantin sekolah sihat hendaklah dipatuhi.
6.    Pengusaha kantin hendaklah menyediakan makanan bermasak di kantin.
7.    Pengusaha kantin mengambilkira kepentingan agama pelanggan apabila menyedia serta menyimpan makanan dan minuman.
8.    Pengusaha kantin menyedia serta menjual makanan dan minuman yang halal.
       (Sila rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1981 bertarikh 9 Februari 1981)
9.    Pengusaha kantin tidak memelihara atau membiarkan haiwan berkeliaran di kawasan kantin sekolah.
10.  Pengusaha kantin menjual makanan mengikut senarai barang-barang makanan dan minuman yang terdapat dalam sebut harga.
11.  Pengusaha kantin mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Tanggungjawab Jawatankuasa Kantin Sekolah
Jawatankuasa Kantin Sekolah bertanggungjawab membantu Guru Besar dalam usaha menyelia kantin dan memastikan:
1.     Kebersihan kemudahan, alat kelengkapan dan kawasan persekitaran kantin
2.    Kebersihan, mutu, khasiat dan keselamatan makanan dan minuman yang dijual
3.    Harga berdasarkan perjanjian
4.    Keselamatan di kantinsekolah
5.    Kesopanan, Kebersihan dan kesihatan penngendalian makanan
6.    Menyedikan laporan harian kantin dan Program Kendiri Kantin Sekolah
7.    Murid sentiasa berdisiplin, bersopan santun dan mengamalkan budi pekerti yang baik semasa berada di kantin
8.    Makanan dan minuman yang dijual mencukupi
9.    Kantin dikendalikan dengan cekap dan efisien



Tanggungjawab Pengusaha Kantin

1.     Pekerja adalah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
2.    Lesen perniagaan yang sah diperolehi daripada pihak berwajib
3.    Perjanjian dengan pihak sekolah dipatuhi
4.    Amalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan di kantin sentiasa dititik beratkan.
5.    Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan peraturan lain pengurusan kantin sekolah yang berkuatkuasa wajib dipatuhi.
6.    Makanan yang dijual sentiasa bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat.
7.    Pengendali makanan telah menjalani pemeriksaan kesihatan, menghadiri kursus pengendalian makanan dan dalam keadaan sihat.
8.    Pengendali makanan mengamalkan tabiat yang sihat semasa bertugas
9.    Bangunan kantin, kemudahan lain dan kawasan persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih, ceria dan selamat.
10.  Pengendali makanan sentiasa berbudi bahasa semasa melayan pelanggan.
11.  Makanan bermasak disediakan dikantin sekolah
12.  Kantin tidak dijadikan sebagai tempat kediaman.
13.  Tiada memelihara haiwan atau berkeliaran di kawasan kantin
14.  Kantin dikendalikan dengan cekap dan efisien
15.  Kepentingan agama pelanggan diambilkira semasa membuat persediaan dan menyimpan makanan dan minuman
16.  Menjual hanya makanan dan minuman yang halal
        (Sila rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 1/10/981 bertarikh 9 Februari 1981)
17.  Pengendali makanan telah diakui sihat oleh Pegawai Perubatan
18.  Semua pengendali makanan berpakaian sopan, lengkapdan bersih
19.  Pengendali makanan menjaga kebersihan diri dan mengelakkan amalan-amalan yang boleh menyebabkan pencemaran terhadap makanan dan minuman.
20.  Memastikan pengendali menjual makanan yang bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat.
21.  Semua pengendali makanan telah diberi pelalian typhoid dan sihat semasa mengendalikan makanan
22.  Pengendali makanan telah menghadiri Kursus Pengendalian Makanan
23. Segala panduandan peraturan seperti yang terkandung dalam buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah dipatuhi.
24.  Makanan dan minuman dari luar yang dijual di kantin sekolah hendaklah bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat untuk dimakan. Maklumat mengenai pembekal dari luar hendaklah dimaklumkan kepada jawatankuasa kantin sekolah.
25. Pengusaha hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pengisian borang atas talian (online) di alamat: http://fosimdomestic.moh.gov.my. Pendaftaran adalah percuma dant empoh sah laku adalah selama tiga tahun. Pembaharuan pendaftaran perlu dibuat 30 harisebelum tarikh tamat tempoh tersebut.